Mengenai 1GovUC

Mengenai 1GovUC

1GovUC adalah perkhidmatan komunikasi dan kolaborasi bersepadu yang diuruskan secara berpusat di MAMPU. Perkhidmatan ini menggabungkan saluran-saluran komunikasi e-mel, persidangan video dan audio, instant messaging serta Sistem Pengurusan Identiti. Selain itu, perkhidmatan ini turut menyediakan kemudahan perkongsian maklumat melalui Portal Kolaboratif dan portal maklumat awam melalui Portal 1GovUC

MENGAPA 1GovUC DILAKSANAKAN

1GovUC dilaksanakan sebagai langkah penjimatan kos melalui komunikasi yang diintegrasikan secara kolaboratif yang mana semua sektor awam di Malaysia boleh berhubung dan menjayakan sesuatu projek melalui sistem komunikasi yang ditawarkan oleh 1GovUC.



JAMINAN TAHAP PERKHIDMATAN 1GovUC

Tahap kesediaan (availability) perkhidmatan 1GovUC adalah 99.5 peratus untuk semua peralatan (perkakasan dan perisian) 1GovUC di dalam Pusat Data Sektor Awam (PDSA) Putrajaya dan Cyberjaya.

PERKHIDMATAN 1GovUC

  • E-mel
    Merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain dalam bentuk mesej elektronik.
  • Komunikasi Bersepadu (UC)
    membolehkan pengguna berkomunikasi secara langsung melalui teks, panggilan suara, panggilan video dan perkongsian fail atas talian.
  • Portal dan Media Sosial
    Terdiri dari Portal 1GovUC, Portal Kolaboratif serta IPMS.
  • Perkhidmatan Nilai Tambah
    1GovUC menyediakan perkhidmatan Nilai Tambah seperti Pengarkiban E-mel, Big Mail Transfer (BMT), ADRMS, Perkhidmatan E-mel Relay (SMTP) serta Perlindungan Keselamatan E-mel

7 MANFAAT 1GovUC

  • 1GovUC dijamin selamat untuk digunakan yang mana ia dikawal sepenuhnya oleh kerajaan.
  • 1GovUC adalah sebahagian daripada perkhidmatan sistem cloud kerajaan yang diletakkan di dalam Pusat Data Sektor Awam yang menggunakan perkhidmatan rangkaian 1Gov*Net
  • Tahap keselamatan perkhidmatan yang dipantau melalui MyGSOC.
  • Penggunaan anti-spam dan antivirus dilaksanakan untuk menapis kandungan e-mel dan menangkis virus serta kod perosak
  • Penjimatan kos pengurusan ICT
  • Penerapan inisiatif teknologi hijau
  • Peningkatan kecekapan urusan komunikasi

Pelaksanaan Projek

X
X