Soalan Lazim Microsoft Outlook / OWA

1Apakah perbezaan antara pemadaman dan pengarkiban emel?
Sama ada emel dipadam atau diarkib, emel tersebut akan hilang dalam inbox emel anda. Emel yang dipadam akan masuk ke dalam trash folder, manakala emel yang diarkib akan masuk ke dalam archive folder. Emel yang berada di dalam trash folder akan hilang selepas 30 hari manakala emel yang berada di dalam archive folder akan kekal. Emel yang masih berada dalam trash folder atau pun archive folder boleh dikembalikan ke inbox folder.
2Apakah perbezaan antara OWA dan Outlook?
Walaupun nama OWA dan Outlook adalah berbeza, namun kedua-dua ini mempunyi fungsi yang sama dengan cara akses yang berbeza. Kebaikan menggunakan OWA adalah mesej disimpan di dalam server, oleh itu anda boleh membuka emel tersebut walaupun dengan menggunakan komputer lain ataupun dengan menggunakan telefon pintar (dengan sambungan internet).
3Bolehkah emel yang telah dihantar ditarik (recall) semula?
Ya, emel yang telah dihantar boleh ditarik balik daripada penerima sekiranya penerima masih belum membuka emel tersebut. Ikuti langkah-langkah berikut untuk recall emel anda:-
i. Buka Folder Sent Item
ii. Klik dua kali pada mesej
iii. Klik butang Action pada bar menu
iv. Pilih Recall This Message
4Bagaimanakah caranya untuk melampirkan gambar ke dalam mesej atau kalendar?
Untuk melampirkan gambar ke dalam mesej baru atau kalendar, klik pada ikon “gambar” yang terletak pada bar di atas ruangan mesej. Pilih gambar yang ingin dilampirkan daripada komputer anda.
5Bagaimana cara untuk mengemaskini address book bagi Microsoft Outlook 2007
1) Klik pada menu Tools , seterusnya klik pada Send/Receive dan pilih Download Address Book.

2) Setelah klik pada Download Address Book, kemudian klik butang OK. Selesai.
6Bagaimana cara untuk mengemaskini address book bagi Microsoft Outlook 2010/2013
1)Klik pada menu SEND / RECEIVE, seterusnya cari Send/Receive Groups dan pilih Download Address Book.

2) Setelah klik pada Download Address Book, kemudian klik butang OK. Selesai.
7Bagaimana untuk mengemaskini signature didalam emel 1GovUC bagi Outlook 2010
1) Klik pada Option dan pilih See All Options.

2) Klik pada perkataan “settings” kemudian pilih mail.

3) Isikan keterangan yang dikehendaki pada kotak “email signature” dan select pada “Automatically include my signature on messages I send”. Langkah terakhir adalah tekan butang “save”.
8Bagaimana untuk mengemaskini signature didalam emel 1GovUC bagi Outlook 2013
1)Klik pada simbol setting dan pilih Option.

2) Klik pada perkataan “settings” kemudian pilih mail.

3) Isikan keterangan yang dikehendaki pada kotak “email signature” dan select pada “Automatically include my signature on messages I send”. Langkah terakhir adalah tekan butang “save”.
9Macam mana cara menggunakan Microsoft Outlook 2010
1) Ini adalah video panduan penggunaan Microsoft Outlook 2010
10Bolehkah saya save e-mel dari Microsoft Outlook?
Boleh, cara-caranya adalah seperti berikut :

1) Buka e-mel
2) Klik pada simbol (1), dan pilih Save As (2)


3) Save as type : Outlook Message Format -Unicode

4) Bagi semak contoh e-mel mengandungi header atau tidak. Buka e-mel, klik butang seperti di bawah :

5) Pastikan Internet headers seperti di bawah :

6) Buka e-mel baru dan kempilkan fail seperti di bawah :

7) Akhir sekali, e-mel contoh akan lihat seperti di bawah :
11Cara untuk baiki profil Outlook 1GovUC
Langkahnya adalah seperti berikut :

1) Tutup aplikasi Outlook dan Lync (jika masih berjalan) - Untuk tutup aplikasi Outlook atau Lync, klik kanan pada ikon di bawah kanan desktop, dan pilih Exit.


2) Buka Control Panel > Mail > Email Accounts.

3) Pilih pada profil akaun pengguna, dan klik Repair.

4) Ubah alamat emel pada akaun 1GovUC (eg: user.agensi@1govuc.gov.my)


5) Klik Next dan Finish.

6) Buka semula Outlook, pastikan status Outlook adalah online.
7) Jika status Outlook adalah Working Offline, pergi pada bahagian Send/Receive, dan klik Work Offline

8) Status Outlook akan online dan akan mula kemaskini kandungan mailbox.
12Pembahagian OWA 2010 dan 2013 bagi pendaftaran akaun baru
OWA 2010 OWA 2013
Pakej Pakej A Pakej B atau C
Upgrade / Downgrade Pakej A ke Pakej B atau C Pakej B atau C ke Pakej A
IPMS 1.9 Pakej A,B,C -

1) Jika daftar sebagai pakej A, akaun akan terletak di platform OWA 2010 walaupun upgrade ke B atau C selepas akaun diwujudkan.
2) Manakala jika akaun diwujudkan sebagai pakej B atau C, akaun akan terletak di platform OWA 2013 walaupun akaun downgrade ke pakej A.
3) Bagi pengguna yang diwujudkan dengan menggunakan IPMS 1.9, akaun terletak di platform OWA 2010.
13Bagaimanakah caranya untuk mewujudkan tandatangan (signature) dalam emel?
Tandatangan boleh ditetapkan secara automatik dalam setiap emel agar anda tidak perlu mencipta tandatangan yang baru dalam setiap emel. Cara-caranya adalah seperti berikut:-
i. Draf emel yang baru
ii. Pada bar menu yang terletak di atas, klik pada Insert
iii. Klik pada Signature > Signatures
14Bolehkan emel yang terpadam didapatkan semula?
Sekiranya anda terpadam emel secara tidak sengaja, anda masih boleh mendapatkan semula emel yang dipadam tersebut. Anda boleh mencari emel tersebut di dalam fail “Deleted Items”.
15Bagaimanakah caranya untuk import kenalan dari Gmail ke Outlook?
  1. Log masuk akaun Gmail
  2. Klik Gmail > Contacts
  3. Klik More > Export
  4. Pada Outlook, klik File > Open & Export
  5. Klik Import/ Export
  6. Klik Import from another program or file
  7. Kik Next
16Dimanakah saya boleh mendapatkan panduan mengenai ciri-ciri yang terdapat dalam Microsoft Outlook?
Panduan mengenai ciri-ciri dalam Microsoft Outlook boleh didapati di
Manual Microsoft Outlook

Access to Outlook Web App (OWA) – Wednesday, June 11, 2014
Please clear internet browser Browsing Cache if you facing problem to access 1GovUC Outlook Web App (OWA)

CLOSE
X
X